Thursday 18 August 2011

Air Mata Wanita

Ramai orang berkata bahawa air mata adalah senjata wanita..
Aku tak boleh nak mengatakan pandapat ni salah ataupun betul..
Air mata wanita adalah senjata wanita..
Tapi bukan lah senjata untuk menunduk atau menjatuhkan kan yang lain..
Air mata seorang wanita lebih menjadi perisainya..
Perisainya untuk mempertahankan diri sendiri..
Perisai di kala diri di sakiti..
Perisai di kala tiada siapa untuk mejadi teman.

Sebenarnya air mata wanita menjadikan wanita lebih tabah..
Menjadikan lebih kuat untuk bangkit dari kekalahan..
Tanpa air mata..
Mungkin wanita-wanita ini akan jatuh tersungkur..
Tanpa perisai..
Tanpa pengubat..




Friday 12 August 2011

Siput oh Siput..

Siput adalah sejenis haiwan.
Tapi kalau tambah satu perkataan di depan 
Dah jadi makanan..
Kuih Siput...Makanan favorite aku masa raya..
Kuih Siput yang mak aku buat memang terbaik.
Hari ni aku try la belajar buat sendiri..
Almaklumlah..nak belajar masak sebelum nak kawen ni..hehe
Resultnya..xde la memberangsangkan sangat...
Tak cantik dan tak sesedap yang mak aku buat..
Kecewa..

Wednesday 10 August 2011

Lelaki Idaman


"Wanita dicpta dari tulang rusuk kanan seorang lelaki..
Dekat dengan hati untuk di sayangi..
Dekat dengan tangan untuk dilindungi.."

Aku suka sangat pepatah ni..Sebab maksudnya sangat mendalam..
Untuk entry kali ni aku nak cerita serba sedikit pasal lelaki..
Dan untuk entri kali ni..Aku tak buat sikit pun research..
Semuanya lahir dari hati aku..hehehe..

Hurmmm..Lelaki idaman..
Apakah ciri-ciri lelaki idaman aku??
(ni memang betul k..aku tak hipokrit)
Hmm..Aku suka lelaki yang
Sayangkan aku sepenuh hati
Jadikan aku nombor 1 dalam hidup dia
Bertanggungjawab
Pandai amik hati dan jaga hati aku n famili aku jugak
Sedap mata aku memandang(kalau hodoh x selera la nk dating..hehe)
Loving n caring
Romantik (sikit pon xpe)
Humble
Dan yang paling penting
JUJUR dan IKHLAS..

Kenapa jujur dan ikhlas tu aku highlight ek??
Hahaha..Sebab.......
Benda-benda yang lain tu memang bole di buat or di lakonkan
Tapi jujur n ikhlas x boleh kan..
Haha..Pandai gak aku ni  kan..huhu

Btw..Aku paling x suka lelaki yang suka menipu
Dan jugak yang berlagak..

TAPI...
Ada lagi ke lelaki macam ni..
Hurmm..Tak tau la kan...
Aku ingat aku dah jumpa lelaki idaman aku yang ada semua ciri-ciri idaman aku
Tapi.....Sebenarnya tak jumpa pun lagi..hehe

Walaubagaimanapun
Aku percaya qada dan qadar yang telah di tetapkan (wajib tuhh)
Aku percaya jodoh pertemuan di tangan tuhan
Hanya Dia yang tahu
So, kita tak boleh la nak memandai-mandai kan
Segalanya akan aku terima..
Insyallah....



Monday 1 August 2011

Ramadhan Terakhir

Alhamdullillah..dapat sekali lagi umat Islam menunaikan kewajipan kita terhadap Pencipta..Semoga aku juga dapat menunaikan kewajipan ini dengan sebaiknya..Insyallah..
Ramadhan tahun ni bagi aku amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya dan tahun-tahun akan datang..

Ramadhan tahun ni merupakan Ramdhan aku yang terakhir aku lalui sebagai seorang bujang..hehe..Insyallah Ramadhan tahun depan aku akan tempuhi bersama suami tercinta..Sebagai seorang isteri..haha..Macam mana la keadannya kan..Mungkin aku akan jadi macam mak..Bangun setiap pagi untuk siapkan sahur untuk family dan masak untuk berbuka..Dahla aku ni jenis orang paling pemalas bangun sahur..kesian la laki aku nanti...haha
Maknanya tahun ni jugak..adalah tahun terakhir aku dapat bermanja berlebih-lebihan dengan mak & bapak..Mungkin terakhir boleh paw mak bapak & along..haha..

Walau apa pun..Aku akan sentiasa hargai setiap saat yang akan aku lalui pada tahun-tahun terakhir ni..(ayat tak boleh blah..haha.)

Dan kepada semua umat Islam selamat mengerjakan ibadah puasa..Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa kita tahun ni dengan sempurna dan mendapat redha dan hidayah dariNya..Insyallah..