Saturday 15 October 2011

 Days Without Him




you are my assistant
you are my driver
you are my doctor
you are my teacher
you are my maid
you are my boss
you are my counselor
you are my bestfriend
you are my hand 
you are my feet
you are my heart
you are my soul
you are my smile
you are my tears
you are my laughs
you are my love
you are everything to me

how i gonna survive for the rest of the days
without you by my side

Thursday 18 August 2011

Air Mata Wanita

Ramai orang berkata bahawa air mata adalah senjata wanita..
Aku tak boleh nak mengatakan pandapat ni salah ataupun betul..
Air mata wanita adalah senjata wanita..
Tapi bukan lah senjata untuk menunduk atau menjatuhkan kan yang lain..
Air mata seorang wanita lebih menjadi perisainya..
Perisainya untuk mempertahankan diri sendiri..
Perisai di kala diri di sakiti..
Perisai di kala tiada siapa untuk mejadi teman.

Sebenarnya air mata wanita menjadikan wanita lebih tabah..
Menjadikan lebih kuat untuk bangkit dari kekalahan..
Tanpa air mata..
Mungkin wanita-wanita ini akan jatuh tersungkur..
Tanpa perisai..
Tanpa pengubat..




Friday 12 August 2011

Siput oh Siput..

Siput adalah sejenis haiwan.
Tapi kalau tambah satu perkataan di depan 
Dah jadi makanan..
Kuih Siput...Makanan favorite aku masa raya..
Kuih Siput yang mak aku buat memang terbaik.
Hari ni aku try la belajar buat sendiri..
Almaklumlah..nak belajar masak sebelum nak kawen ni..hehe
Resultnya..xde la memberangsangkan sangat...
Tak cantik dan tak sesedap yang mak aku buat..
Kecewa..

Wednesday 10 August 2011

Lelaki Idaman


"Wanita dicpta dari tulang rusuk kanan seorang lelaki..
Dekat dengan hati untuk di sayangi..
Dekat dengan tangan untuk dilindungi.."

Aku suka sangat pepatah ni..Sebab maksudnya sangat mendalam..
Untuk entry kali ni aku nak cerita serba sedikit pasal lelaki..
Dan untuk entri kali ni..Aku tak buat sikit pun research..
Semuanya lahir dari hati aku..hehehe..

Hurmmm..Lelaki idaman..
Apakah ciri-ciri lelaki idaman aku??
(ni memang betul k..aku tak hipokrit)
Hmm..Aku suka lelaki yang
Sayangkan aku sepenuh hati
Jadikan aku nombor 1 dalam hidup dia
Bertanggungjawab
Pandai amik hati dan jaga hati aku n famili aku jugak
Sedap mata aku memandang(kalau hodoh x selera la nk dating..hehe)
Loving n caring
Romantik (sikit pon xpe)
Humble
Dan yang paling penting
JUJUR dan IKHLAS..

Kenapa jujur dan ikhlas tu aku highlight ek??
Hahaha..Sebab.......
Benda-benda yang lain tu memang bole di buat or di lakonkan
Tapi jujur n ikhlas x boleh kan..
Haha..Pandai gak aku ni  kan..huhu

Btw..Aku paling x suka lelaki yang suka menipu
Dan jugak yang berlagak..

TAPI...
Ada lagi ke lelaki macam ni..
Hurmm..Tak tau la kan...
Aku ingat aku dah jumpa lelaki idaman aku yang ada semua ciri-ciri idaman aku
Tapi.....Sebenarnya tak jumpa pun lagi..hehe

Walaubagaimanapun
Aku percaya qada dan qadar yang telah di tetapkan (wajib tuhh)
Aku percaya jodoh pertemuan di tangan tuhan
Hanya Dia yang tahu
So, kita tak boleh la nak memandai-mandai kan
Segalanya akan aku terima..
Insyallah....



Monday 1 August 2011

Ramadhan Terakhir

Alhamdullillah..dapat sekali lagi umat Islam menunaikan kewajipan kita terhadap Pencipta..Semoga aku juga dapat menunaikan kewajipan ini dengan sebaiknya..Insyallah..
Ramadhan tahun ni bagi aku amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya dan tahun-tahun akan datang..

Ramadhan tahun ni merupakan Ramdhan aku yang terakhir aku lalui sebagai seorang bujang..hehe..Insyallah Ramadhan tahun depan aku akan tempuhi bersama suami tercinta..Sebagai seorang isteri..haha..Macam mana la keadannya kan..Mungkin aku akan jadi macam mak..Bangun setiap pagi untuk siapkan sahur untuk family dan masak untuk berbuka..Dahla aku ni jenis orang paling pemalas bangun sahur..kesian la laki aku nanti...haha
Maknanya tahun ni jugak..adalah tahun terakhir aku dapat bermanja berlebih-lebihan dengan mak & bapak..Mungkin terakhir boleh paw mak bapak & along..haha..

Walau apa pun..Aku akan sentiasa hargai setiap saat yang akan aku lalui pada tahun-tahun terakhir ni..(ayat tak boleh blah..haha.)

Dan kepada semua umat Islam selamat mengerjakan ibadah puasa..Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa kita tahun ni dengan sempurna dan mendapat redha dan hidayah dariNya..Insyallah..

Friday 29 July 2011

My Wedding Preparation
(Part 2)
Apakah yang penting dalam sesebuah perkahwinan tak kira agama dan bangsa..
(secara fizikal ye)..jawapan aku tentunya wedding ring..

Bagi aku cincin perkahwinan ni agak penting la jugak walaupun ia bukan sesuatu yang wajib..Pada pendapat perempuan memang pentingkan cincin ni sebab benda ni sangat memorable..Yela kahwin kan seumur hidup sekali je (insyallah), mestila nak something yang akan kita ingat sampai kita tua dan boleh tunjuk pada anak cucu kita..Biasanya perempuan ni agak cerewet sikit nak beli cincin kahwin ni..Maklumlah nak yang terbaik..Tapi macam mana pun BUDGET adalah amat penting..haha.. takde budget tak dapek la den nak nolong..haha

Hmm...Dalam kes aku pulak...Memandangkan budget yang di keluarkan oleh bf aku agak terhad..terpaksa lah aku menyekat nafsu dan keinginan aku  nak pilih cincin yang marvelous..haha..Kalau nak jugak terpaksalah tambah budget sendiri..
Seperti biasalah kalau nak something aku akan buat research (survey je sebenarnye..haha..)..So, setelah agak selesai 'research' aku tu..Aku pun buat conclusion..Antara cincin yang aku nak pilih nanti adalah macam ni..Pattern je la macam ni..Brand tak kisah sangat pun kot..Mari kita lihat apakah design yang terpillih..


Aku sangat-sangat lah berkenan design cincin macam ni..
Bagi aku 1 diamond kat atas cincin tu menyerlahakan diamond tu..
Dia nampak very simple but its very elegant..
Dan aku rasa pattern macam ni takkan nampak outdated..hehe 


Sama jugak dengan pattern ni..
Aku harap aku akan dapat cari cincin kahwin aku design macam ni 
dengan budget yang aku ada..


design cincin ni aku berkenan sangat..
aku plan cincin ni wat buat my engagement ring..so nice



Sunday 17 July 2011

My Wedding Preparation
(part 1)
ni adalah second entry aku pasal hari bahagia aku..i am so excited..hehe
kali ni aku nak share pasal baju..
setelah aku berangan2, berpikir2 dan mecuba2 baju akhirnya aku dah berjaya memilih baju untuk hari perkahwinan aku..
memandangkan bapak kesayangan aku dah memilih untuk buat 2 hari majlis(anak 1st kawen biasa la), so aku kena la prepare 3 baju(sewa je kot..haha)
 1. baju nikah
2. baju untuk malam berinai
3. baju bersanding

untuk baju nikah sebenarnya  aku nak cari baju kurung yang simple je..tapi kat butik pengantin tu baju nikah dia semua tak menepati citarasa aku..so aku pun 'terpakasalah' pilih baju nikah lace (yang agak glamour untuk nikah kot) kaler biru..walaupun akak kat kedai tu macam tak bagi je kitorg pilih baju tu(sbb tu baju untuk sanding hehe). 

untuk baju malam berinai pulak sebenarnya aku nak pakai baju jawa. tapi mr. bf kesayangan aku ni  taknak pulak..sebab dia kene pakai kain..haha..oleh itu, kami memilih untuk pakai songket. baju aku kebaya pendek moden.aku rasa macam pelik. tapi sebab bf aku cakap cantik aku pun ikut je la..=)

dan yang terpenting adalah baju untuk sanding...iaitu baju untuk majlis kenduri..
aku pilih baju lace putih. aku suka sangat baju tu..rasa macam puteri pulak..haha.. baju tu lebih  kurang macam ni design dia..tapi semua putih..konon-konon nak jadi puteri la katakan..hehe