Saturday 15 October 2011

 Days Without Him




you are my assistant
you are my driver
you are my doctor
you are my teacher
you are my maid
you are my boss
you are my counselor
you are my bestfriend
you are my hand 
you are my feet
you are my heart
you are my soul
you are my smile
you are my tears
you are my laughs
you are my love
you are everything to me

how i gonna survive for the rest of the days
without you by my side

Thursday 18 August 2011

Air Mata Wanita

Ramai orang berkata bahawa air mata adalah senjata wanita..
Aku tak boleh nak mengatakan pandapat ni salah ataupun betul..
Air mata wanita adalah senjata wanita..
Tapi bukan lah senjata untuk menunduk atau menjatuhkan kan yang lain..
Air mata seorang wanita lebih menjadi perisainya..
Perisainya untuk mempertahankan diri sendiri..
Perisai di kala diri di sakiti..
Perisai di kala tiada siapa untuk mejadi teman.

Sebenarnya air mata wanita menjadikan wanita lebih tabah..
Menjadikan lebih kuat untuk bangkit dari kekalahan..
Tanpa air mata..
Mungkin wanita-wanita ini akan jatuh tersungkur..
Tanpa perisai..
Tanpa pengubat..




Friday 12 August 2011

Siput oh Siput..

Siput adalah sejenis haiwan.
Tapi kalau tambah satu perkataan di depan 
Dah jadi makanan..
Kuih Siput...Makanan favorite aku masa raya..
Kuih Siput yang mak aku buat memang terbaik.
Hari ni aku try la belajar buat sendiri..
Almaklumlah..nak belajar masak sebelum nak kawen ni..hehe
Resultnya..xde la memberangsangkan sangat...
Tak cantik dan tak sesedap yang mak aku buat..
Kecewa..

Wednesday 10 August 2011

Lelaki Idaman


"Wanita dicpta dari tulang rusuk kanan seorang lelaki..
Dekat dengan hati untuk di sayangi..
Dekat dengan tangan untuk dilindungi.."

Aku suka sangat pepatah ni..Sebab maksudnya sangat mendalam..
Untuk entry kali ni aku nak cerita serba sedikit pasal lelaki..
Dan untuk entri kali ni..Aku tak buat sikit pun research..
Semuanya lahir dari hati aku..hehehe..

Hurmmm..Lelaki idaman..
Apakah ciri-ciri lelaki idaman aku??
(ni memang betul k..aku tak hipokrit)
Hmm..Aku suka lelaki yang
Sayangkan aku sepenuh hati
Jadikan aku nombor 1 dalam hidup dia
Bertanggungjawab
Pandai amik hati dan jaga hati aku n famili aku jugak
Sedap mata aku memandang(kalau hodoh x selera la nk dating..hehe)
Loving n caring
Romantik (sikit pon xpe)
Humble
Dan yang paling penting
JUJUR dan IKHLAS..

Kenapa jujur dan ikhlas tu aku highlight ek??
Hahaha..Sebab.......
Benda-benda yang lain tu memang bole di buat or di lakonkan
Tapi jujur n ikhlas x boleh kan..
Haha..Pandai gak aku ni  kan..huhu

Btw..Aku paling x suka lelaki yang suka menipu
Dan jugak yang berlagak..

TAPI...
Ada lagi ke lelaki macam ni..
Hurmm..Tak tau la kan...
Aku ingat aku dah jumpa lelaki idaman aku yang ada semua ciri-ciri idaman aku
Tapi.....Sebenarnya tak jumpa pun lagi..hehe

Walaubagaimanapun
Aku percaya qada dan qadar yang telah di tetapkan (wajib tuhh)
Aku percaya jodoh pertemuan di tangan tuhan
Hanya Dia yang tahu
So, kita tak boleh la nak memandai-mandai kan
Segalanya akan aku terima..
Insyallah....



Monday 1 August 2011

Ramadhan Terakhir

Alhamdullillah..dapat sekali lagi umat Islam menunaikan kewajipan kita terhadap Pencipta..Semoga aku juga dapat menunaikan kewajipan ini dengan sebaiknya..Insyallah..
Ramadhan tahun ni bagi aku amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya dan tahun-tahun akan datang..

Ramadhan tahun ni merupakan Ramdhan aku yang terakhir aku lalui sebagai seorang bujang..hehe..Insyallah Ramadhan tahun depan aku akan tempuhi bersama suami tercinta..Sebagai seorang isteri..haha..Macam mana la keadannya kan..Mungkin aku akan jadi macam mak..Bangun setiap pagi untuk siapkan sahur untuk family dan masak untuk berbuka..Dahla aku ni jenis orang paling pemalas bangun sahur..kesian la laki aku nanti...haha
Maknanya tahun ni jugak..adalah tahun terakhir aku dapat bermanja berlebih-lebihan dengan mak & bapak..Mungkin terakhir boleh paw mak bapak & along..haha..

Walau apa pun..Aku akan sentiasa hargai setiap saat yang akan aku lalui pada tahun-tahun terakhir ni..(ayat tak boleh blah..haha.)

Dan kepada semua umat Islam selamat mengerjakan ibadah puasa..Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa kita tahun ni dengan sempurna dan mendapat redha dan hidayah dariNya..Insyallah..

Friday 29 July 2011

My Wedding Preparation
(Part 2)
Apakah yang penting dalam sesebuah perkahwinan tak kira agama dan bangsa..
(secara fizikal ye)..jawapan aku tentunya wedding ring..

Bagi aku cincin perkahwinan ni agak penting la jugak walaupun ia bukan sesuatu yang wajib..Pada pendapat perempuan memang pentingkan cincin ni sebab benda ni sangat memorable..Yela kahwin kan seumur hidup sekali je (insyallah), mestila nak something yang akan kita ingat sampai kita tua dan boleh tunjuk pada anak cucu kita..Biasanya perempuan ni agak cerewet sikit nak beli cincin kahwin ni..Maklumlah nak yang terbaik..Tapi macam mana pun BUDGET adalah amat penting..haha.. takde budget tak dapek la den nak nolong..haha

Hmm...Dalam kes aku pulak...Memandangkan budget yang di keluarkan oleh bf aku agak terhad..terpaksa lah aku menyekat nafsu dan keinginan aku  nak pilih cincin yang marvelous..haha..Kalau nak jugak terpaksalah tambah budget sendiri..
Seperti biasalah kalau nak something aku akan buat research (survey je sebenarnye..haha..)..So, setelah agak selesai 'research' aku tu..Aku pun buat conclusion..Antara cincin yang aku nak pilih nanti adalah macam ni..Pattern je la macam ni..Brand tak kisah sangat pun kot..Mari kita lihat apakah design yang terpillih..


Aku sangat-sangat lah berkenan design cincin macam ni..
Bagi aku 1 diamond kat atas cincin tu menyerlahakan diamond tu..
Dia nampak very simple but its very elegant..
Dan aku rasa pattern macam ni takkan nampak outdated..hehe 


Sama jugak dengan pattern ni..
Aku harap aku akan dapat cari cincin kahwin aku design macam ni 
dengan budget yang aku ada..


design cincin ni aku berkenan sangat..
aku plan cincin ni wat buat my engagement ring..so nice



Sunday 17 July 2011

My Wedding Preparation
(part 1)
ni adalah second entry aku pasal hari bahagia aku..i am so excited..hehe
kali ni aku nak share pasal baju..
setelah aku berangan2, berpikir2 dan mecuba2 baju akhirnya aku dah berjaya memilih baju untuk hari perkahwinan aku..
memandangkan bapak kesayangan aku dah memilih untuk buat 2 hari majlis(anak 1st kawen biasa la), so aku kena la prepare 3 baju(sewa je kot..haha)
 1. baju nikah
2. baju untuk malam berinai
3. baju bersanding

untuk baju nikah sebenarnya  aku nak cari baju kurung yang simple je..tapi kat butik pengantin tu baju nikah dia semua tak menepati citarasa aku..so aku pun 'terpakasalah' pilih baju nikah lace (yang agak glamour untuk nikah kot) kaler biru..walaupun akak kat kedai tu macam tak bagi je kitorg pilih baju tu(sbb tu baju untuk sanding hehe). 

untuk baju malam berinai pulak sebenarnya aku nak pakai baju jawa. tapi mr. bf kesayangan aku ni  taknak pulak..sebab dia kene pakai kain..haha..oleh itu, kami memilih untuk pakai songket. baju aku kebaya pendek moden.aku rasa macam pelik. tapi sebab bf aku cakap cantik aku pun ikut je la..=)

dan yang terpenting adalah baju untuk sanding...iaitu baju untuk majlis kenduri..
aku pilih baju lace putih. aku suka sangat baju tu..rasa macam puteri pulak..haha.. baju tu lebih  kurang macam ni design dia..tapi semua putih..konon-konon nak jadi puteri la katakan..hehe

Sunday 10 July 2011

Hari Bahagia

5 bulan lagi aku akan menempuh hari paling bermakna dalam hidup aku.
perasaan aku??
berdebar, excited(ni paling banyakla), happy, nervous, takut dan tak tau la..haha
5 bulan dah x lama sebenarnya..
tapi aku x buat ape2 preparation pon..haha..cam xnak kawen je aku nih..
tapi semua mak dah buatkan..
THANKS MAK..I LOVE U..
u are the best mom in the world..

aku updated blog ni sebab aku tadi aku g test baju sebenarnye..hehe
sebab tu la baru terasa dah nak kawen..hehe
so..disebab kan sekarang baru nak terasa masa dah suntuk..
aku akan start buat preparation...
dan aku akan mulakan dengan diet..
sebab badan aku dah makin gemok..haha
semua baju aku try tadi sempit..hehe
buat malu je..
next updated..
aku akan updated pasal my wedding preparation..


Saturday 11 June 2011


KL GANGSTER

semalam aku pegi tengok KL GANGSTER kat MBO Melaka..nak tengok la filem yang dikatakan best sangat ni..aku bagi 4 bintang..hehe..memang best cite nih..bagi filem malaysia/melayu filem ni no 2 best yang aku tengok..paling best of course MERONG MAHAWANGSA..

KL GANGSTER mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

bagi aku lakonan zizan dalam  KL GANGSTER ni memamg best..

Friday 20 May 2011

PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN


cid:2.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.com
PIRAMID MELAYU TERSEMBUNYI DI LAUTAN JEPUN
Based on Japan 's Mysterious Pyramids (Yonaguni)-History Channel
Writter : MistisFiles Editor/Photo : MacJay.Net
[Artikel ini telah diupdate pada 28/4/2011. Turut disertakan dengan beberapa informasi baru.]

Tidak lama dahulu, beberapa pengkaji telah menjumpai satu kaum yang tinggal di tepi sebuah tasik di pedalaman Jepun. Kaum ini begitu jauh dari pembangunan dan masih mengamalkan cara hidup tradisional. Bahasa kaum ini tidak mampu difahami oleh para pengkaji tersebut dan bahasa mereka tidak pula punya persamaan dengan bahasa Jepun mahupun bahasa-bahasa sekitar. Namun anehnya, para pengkaji tersebut mengesan tiga perkataan yang memungkinkan hubungan mereka dengan satu bangsa lain. Perkataan itu adalah : mata, batu dan air.
cid:3.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.com
Di laut sekitar Okinawa , berdekatan Pulau Yonaguni, telah dijumpai sebuah struktur piramid menyerupai ziggurat di dasar laut! Piramid ini terletak kira-kira 100 kaki ke dalam laut dan mempunyai gerbang, tangga dan jalan berturap batu. Pakar mengatakan usia piramid ini berdasarkan ujian radiokarbon ialah kira-kira 8000 tahun Sebelum Masehi, dan peradaban Jepun ketika itu hanyalah berdasarkan cara hidup memburu binatang dan mengumpul makanan untuk sara diri. Peradaban piramid di Mesir bermula kira-kira 5000 tahun selepas itu. Siapakah yang membina piramid ini? Satu penemuan yang masih dirahsiakan oleh para pengkaji ialah : tulisan mirip tulisan Rencong telah ditemui di barat daya struktur itu terukir di 'hall chamber' di sebelah dalam piramid, yang merupakan 'access denied' atas sebab-sebab yang tidak munasabah oleh pihak-pihak tertentu.

Jim Mower, seorang ahli arkeologi di Universiti College London telah menimbulkan pandangan bahawa sekurang-kurangnya usia peradaban dasar laut Okinawa itu menjangkau 10,000 tahun dan peradaban ini kalau tidak melebihi sudah pasti setaraf dengan peradaban Mesopotamia dan Lembah Indus. Ahli arkeologi itu juga mengatakan bahawa "ini telah mengubah banyak pandangan tentang peradaban Asia Tenggara". Perhatikan, beliau tidak berkata tentang 'peradaban Asia Timur'.
cid:4.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.com
Saya merasakan semua orang sudah tahu tentang satu keris purba yang ditemui di sebuah kuil purba di Okinawa . Ya... Okinawa lagi.

MISTERI GEN BANGSA MELAYU 

Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia . Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini ; Adiputra, Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University, dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah.

Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luarbiasa mereka apabila dewasa. Ingatkah saudara saudari akan Mohd. Shukri Hadafi, ketika kecilnya pada usia tiga tahun sudah mampu membaca suratkhabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah.

Perlukah selepas ini saya menceritakan kepada anda, tentang Sufiah Yusuf?

Biar kami beritahu anda satu rahsia, sebagai pembukaan dari saya, merangkap 3rd Order dalam organisasi. Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada 'manusia-manusia mutan' masa hadapan. Mereka telah mula memilih beberapa anak-anak muda dan melatih mereka serta menghantar mereka untuk cuba memikat gadis-gadis Melayu. Mengapa gadis Melayu? Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka 'dipaksa' mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebab-sebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu.

Gadis ini mampu membaca sejarah Sriwijaya 500 tahun sebelum Masehi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan!

Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Sriwijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negarakota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama.

MELAYU - THE LOST TRIBE 

Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-
ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,


Bayangkanlah, hinggakan hamba-hamba di istana mereka juga mampu dihiaskan dengan emas. Ini belum lagi dibincangkan tentang sistem matawang mereka, kerana bangsa Melayu sebenarnya gemar berniaga dengan menggunakan emas, tetapi ke mana perginya semua rekod-rekod agung ni? Kemana perginya senjata-senjata canggih Melayu? Di mana perginya armada-armada laut Melayu yang besar gedabak dengan nama jolokan â€Å“JONG". Adakah ianya jauh lebih lebar dari kapal Laksamana Cheng Ho? Rekod sejarah yang benar ini semuanya selamat disimpan dalam arkib-arkib museum terkenal di Eropah dalam genggaman ejen sulit yang bertopengkan sang penyelamat.
cid:5.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.com
Mereka menubuhkan kerajaan BUNGA di tebing-tebing pergunungan. Kerana itu istilah Banjaran HiMalaya kekal hingga ke hari ini… Mengenangkan bangsa gunung yang hebat lagi kuat dengan rajanya.

Jika anda sedar, bangsa Melayu-lah bangsa yang paling gemar menanam bunga-bunga di halaman rumah. Bunga sebenarnya terlalu sinonim dengan bangsa ini. Berhentilah menjadi goyyim kerana anda bukanlah sebuah robot ciptaan ejen Yahudi yang bertopengkan sang penyelamat. Tetapi anda sebenarnya adalah seorang pejuang yang dilahirkan sebagai bangsa Melayu dibumi Mala ini.

Bangsa Melayu juga merupakan bangsa terawal membina tugu-tugu kota yang merentasi dari :

*UTARA (kemboja, cempaka, melati, petani, langkasuka, cermin,
segenting)
*TENGAH (kelantan, pahang, johor, melaka, kedah tua, selangor)
*TIMUR (funan, okinawa, sulu,)
*SELATAN (sumatera, riau, jawa)


Begitu hebatnya tamadun agung Melayu itu yang hanya segelintir sahaja para pewaris diraja yang tahu. Rekod tamadun ini berjaya disembunyikan oleh golongan Iluminati sehinggakan hampir kesemua teknologi Melayu dahulu kala berjaya disimpan di arkib-arkib tersohor dunia di Eropah. Tidak cukup dengan itu, tinggalan sejarah yang agung ini turut dikaji di dalam makmal-makmal oleh pengkaji logam. Bolehkah anda bayangkan bagaimanakah laksamana-laksamana dan pendekar-pendekar Melayu boleh sampai ke Hawaii dari semenanjung kepulauan cebu tanpa sesat dengan hanya berpandukan sejenis alat apungan dari cerdik pandai anak Melayu.

Saya amat yakin kini bahawa golongan Illuminati sedang memerhatikan bangsa Melayu. Mereka pasti tidak akan sesekali lupa pada ramalan seorang tukang tilik dari kalangan bangsa mereka, Nostradamus, yang berbunyi :

"Dia muncul dari negeri yang terletak di pertemuan tiga buah laut. Negara Timur tempat perjuangan pemimpin tersebut terletak di pertemuan tiga buah laut."

-Nostradamus


Dibawah ini pula adalah beberapa buah gambar yang telah berjaya dirakamkan oleh Gary Hagland (underwater photographer), Tom Holden (videographer) dan "C" Hagland (underwater videographer) :
cid:6.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.comcid:7.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.com
cid:6.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.comcid:8.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.com
cid:9.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.comcid:10.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.com
cid:11.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.comcid:12.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.com
cid:13.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.comcid:14.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.comcid:15.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.comcid:14.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.comcid:16.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.comcid:17.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.com
cid:18.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.comcid:19.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.com
MELAYU DAN YAHUDI

Tahukah anda bahawa Yahudi (Zionis) kini sedang giat mengkaji tentang satu bangsa yang hilang?. Mengikut daftar bangsa yang hilang di dalam Kitab Yahudi Kuno, terdapat 12 puak Yahudi di masa lalu :

1. Reuben
2. Simeon
3. Levi
4. Judah
5. Issachar
6. Zebulun
7. Dan
8. Naphtali
9. Gad
10. Asher
11. Joseph
12. Benjamin

Di dalam 12 puak yang hilang ini, hanya keturunan Nabi Yusuf a.s. sahaja yang hilang daripada rekod Yahudi. Keturunan Nabi Yusof a.s menurunkan dua puak yang lain iaitu Manasseh dan Ephraim. Mengikut satu kitab Yahudi, satu ‘lost tribe’ Bani Israel (yang mendapat petunjuk ILAHI, iaitu beragama Islam) akan membunuh Yahudi Zionis di Palestin. Di dalam kitab Yahudi kuno yang lain pula, ada mencatatkan golongan Manasseh (anak kepada Nabi Yusuf a.s.) bakal menyembelih Yahudi jahat (Zionis/Yahudi Kabbalah) di Palestin. Setelah Yahudi membuat pencarian, terdapat banyak puak golongan Manasseh di sebelah timur.
cid:20.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.com
Percaya atau tidak, sememangnya bangsa Melayu termasuk diantara senarai bangsa yang hilang tersebut. Menurut suatu kajian, Melayu dipercayai berasal dari keturunan sebelah Nabi Yusuf as, yang telah menurunkan generasi Manasseh.
cid:21.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.com
Kajian projek genome oleh Rabbai Jacobovici telah dilakukan untuk mengesahkan hipothesis Dr.Ralp Olsen berkenaan Israel DNA variant dalam Bangsa Mala (rujuk www.mormonslocation.com). Projek genome itu dijangka lengkap dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang khusus untuk lost tribe disebelah South East Asia region.
cid:22.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.com
cid:23.3786500411@web33705.mail.mud.yahoo.com

Sesungguhnya Allah jadikan manusia berlainan bangsa dgn yg lain atas hikmah dan sebab yg hanya Allah sahaja yg Maha mengetahuinya. Jika ilmu (pengetahuan ) tersebut ada sekalipun tetapi kerana keupayaan akal manusia yang sentiasa terbatas maka kita belum lagi sampai beroleh ke tahap mengetahuinya & menguasainya, tetapi tidak mustahil ia tidak boleh kita capai. Sedangkan .....
" tingginya awan serta bulan dapat kita sentuh dengan ilmu pengetahuan,"... isyaAllah. 

Jadi janganlah kita memperlekehkan akan bangsa kita sendiri dan bangsa lain sedangkan Allah sendiri yg menjadikan manusia itu berbagai.

"Allah tidak akan membantu sesuatu kaum itu sehingga mereka membantu kaum mereka sendiri". 

Agama Islam yg di injak2 maka bukanlah kerana kita memperjuangkan bangsa tetapi kerana kita tidak menjiwai Islam dgn cara yg sebenarnya. Org Melayu yg berjiwa Islam tidak akan hilang Melayunya dan tidak akan rosak akhlaknya, isyaAllah Amin.

Oleh itu adalah menjadi kewajiban bagi setiap bangsa itu mempertahankan bangsa mereka. 

Wallahualam bissawab.
Wassalam wrt....


 p/s: ni adalah satu artikel yang menarik yang aku nak share..
tq utk kwn yang fw email ni

Thursday 19 May 2011

jusst nothing
dah lama dah x updated blog..
x de la bz mana pun..
cuma xde benda yang menarik untuk di kongsi..
lagipun sekarang ni tengah sibuk tgk muvi..
tp online je la..hhuhu

Wednesday 9 March 2011

9 Mac

9 Mac 2011..


hari ni birthday bapak aku yang ke-52 
"happy bithday to you..."
 "happy bithday to you..."
"happy bithday to Bapak..."
"happy bithday to you..."
Selamat hari jadi Bapak..Semoga Bapak panjang umur,murah rezeki dan sentiasa diberkati Allah..
 aku x beli pape pun untuk bapak aku..almaklumlah..penganggur..hehehe
aku just bagi handmade birthday card ni je..
Sorry ye pak..ni je yang mampu..


sebenarnya nak bagi yang ni

tapi ntah camane aku print2 asek x jadi je...maka aku pun buat la jadi camni..hehe

aku ada wat kek jugak tau untuk bapak..hehe..biasala cake n birthday x boleh dipisahkan kan..hehe..
I LOVE U BAPAK.. 

Monday 7 March 2011

awana kijal


last week aku teman akak aku g tganu bersama2 adik aku..
1 week kitorg stay kat awana kijal..
konon2nye kire aku g bercuti la 2...hehehe..
akak aku amik bilik yg ada sea n pool view..nk release tensen la katakan..hehe..


view dr bilik kitorg


best jugakla 'percutian' kami kat sini..
jalan2 tepi pantai, sauna dari pagi sampai ke petang, naik basikal kt pantai, main giant chess (walaupn x pndai main sgt...hehe)..tapi kitorg x pegi spa...sbb financial x mengizinkan..hehe..anyway nilah antara gambar2 yg sempat aku candid time kat awana ari tuh..n aku pilih adik aku jd duta/model percutian ni..hehehe

kolam dpn awana
tmpt kitorg menghabiskan masa
aksi lompat mira
antara aksi adik aku men chess


ada sap2e nk beli sandal nih??



pantai kemasik

ape yang dye cari dlm beg tuh

taman sari royal heritage spa



makan satar on de way balik

bye2 awana

thanks to along sebab bawak kitorg datang sini..we love u