Monday, 1 August 2011

Ramadhan Terakhir

Alhamdullillah..dapat sekali lagi umat Islam menunaikan kewajipan kita terhadap Pencipta..Semoga aku juga dapat menunaikan kewajipan ini dengan sebaiknya..Insyallah..
Ramadhan tahun ni bagi aku amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya dan tahun-tahun akan datang..

Ramadhan tahun ni merupakan Ramdhan aku yang terakhir aku lalui sebagai seorang bujang..hehe..Insyallah Ramadhan tahun depan aku akan tempuhi bersama suami tercinta..Sebagai seorang isteri..haha..Macam mana la keadannya kan..Mungkin aku akan jadi macam mak..Bangun setiap pagi untuk siapkan sahur untuk family dan masak untuk berbuka..Dahla aku ni jenis orang paling pemalas bangun sahur..kesian la laki aku nanti...haha
Maknanya tahun ni jugak..adalah tahun terakhir aku dapat bermanja berlebih-lebihan dengan mak & bapak..Mungkin terakhir boleh paw mak bapak & along..haha..

Walau apa pun..Aku akan sentiasa hargai setiap saat yang akan aku lalui pada tahun-tahun terakhir ni..(ayat tak boleh blah..haha.)

Dan kepada semua umat Islam selamat mengerjakan ibadah puasa..Semoga kita dapat menjalankan ibadah puasa kita tahun ni dengan sempurna dan mendapat redha dan hidayah dariNya..Insyallah..

2 comments:

  1. termasuk kt draft kot.....try check

    ReplyDelete
  2. mak dah tulis tetiba hilang...camana nak buat mira ngan nina tak ajar lagi

    ReplyDelete